SURAH AT-TAUBAH 128~129
AMALAN PAYUNG RASULULLAH
Barangsiapa yang membaca ayat ini dengan izin Allah maka tidaklah ia binasa oleh sebarang senjata tajam dan mati kecuali telah tiba ajalnya.
Ayat ini hendaklah di amalkan bacaanya sebanyak 7x selepas solat fardu.
Surah At-Taubah : 128 : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W ). Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang di tanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Fadhilat Ayat 128~129 Surah At-Taubah
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika di baca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika di baca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah S.W.T
Sebelum beramal ayat diatas terlebih dahulu sedekahkanlah Al- Fatihah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,Ahli Keluarga Baginda,Sahabat-sahabat Baginda,Rasul-rasul Allah, Wali-wali Allah,pada kedua ibubapa kita dan Tuan Haji Suhaimi bin Haji Hassan yang telah memberikan ayat ini untuk amalan harian..AL- FATIHAH