ASSALAMMUALAIKUM
Penubuhan Solidariti Ikatan Pertiwi ( PERSIP ) adalah untuk mengumpulkan semua ahli dan anak murid TOK AYAH RASUL. Dari itu maka terbentuklah PERSIP Selangor sebagai induk pertubuhan ini. Memandangkan ahli PERSIP Selangor yang mengamalkan ahli berkumpulan jadi kami PERSIP Selangor berusaha untuk menyatukan semula ahli-ahli yang pernah mengikuti TOK AYAH RASUL dulu. Kebanyakkan ahli yang pernah mengikuti TOK AYAH adalah dari negeri MELAKA. Tetapi ahli-ahli dulu semuanya mengambil jalan sendiri. PERSIP Selangor mengambil pendekatan supaya ahli-ahli berjalan di dalam satu kumpulan.
Di PERSIP Selangor kami menitik beratkan jalan menuju keredhaan Allah. Al-Quran dan Al-Sunnah adalah ajaran yang dititikberatkan pada setiap ahli. PERSIP Selangor di dedahkan kepada ajaran agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW. Satu petikan dari hadis nabi, Nabi bersabda, Seperninggalan aku nanti aku tinggalkan pada kamu semua dua perkara, yang mana jika kamu mengikutinya nescaya kamu akan terselamat dunia dan akhirat. Iaitu Al-Quran dan Sunnah ku
Di akhir zaman akan ada 73 golongan, hanya 1 golongan sahaja yang akan di terima amalan mereka oleh Allah SWT. Dari itu marilah sama-sama kita bermuasabah diri.
SEKIAN, WASALAMMUALAIKUM.......ALLAH HAQ
No comments:
Post a Comment